Sunday, October 14, 2007

polygamy and censorship

hari ini aku tonton filem produksi indonesia yg bertajuk Berbagi Suami. ianya satu filem yg sungguh hebat. filem ini sebenarnya ialah 3 cerita yg digabungkan menjadi satu dengan menggunakan teknik flashback. filem ini mengisahkan tentang isu polygamy. cerita pertama ialah seorang ahli perniagaan yg kemudiannya menjadi ahli politik. dia mempunyai 4 isteri. cerita kedua tentang seorang pemandu bagi sebuah syarikat perfileman. dia juga beristeri empat. laki ini tidak kaya, pendapatannya setakat cukup saja. dia akhirnya menjangkitkan penyakit STD kepada isteri-isterinya. cerita ketiga tentang seorang peniaga yg tergilakan seorang pekerjanya.

filem ini menunjukkan akibat buruk sekiranya mengamalkan polygamy. filem ini juga menyedarkan saya betapa teruknya sidang sensor negara kita. filem seperti ini tentu dikutuk teruk sekiranya pengarah dari malaysia yg membikin filem ini. pelakon pelakon dlm filem ini mendedahkan lebih banyak kulit jika dibandingkan dengan filem dari malaysia. bayangkanlah indonesia sebuah negara islam yg lebih fanatik dari malaysia tidak mengheboh-hebohkan pendedahan yg berlebihan ini. di malaysia pula, isu ini dijadikan leverage politik. sungguh mengecewakan dan mengaibkan.

selain itu, isu polygamy juga dianggap sensitif di malaysia dan tidak sepatutnya dibincangkan. di indonesia pula polygamy dibincangkan dengan terbuka. macam manalah kita nak jadi negara yg maju jika semua isu sensitif tidak boleh dibincangkan. banyak sangat tekanan dari kerajaan. rakyat menjadi pak turut sahaja. itukan yg kerajaan kita mahukan? rakyat yg hanya tahu membisu sahaja dan tidak berani melangkah keluar dari tempurung mereka.

haha, first time blog in malay. karat d lah. wanna practice. i recommend this movie to all. its a good watch. got eye candies also. the actress in the 3rd story damn cun. i think her name is Dominique. one of the top models in indonesia.

2 comments:

ViViEnNe said...

urgh..a big sweat..i think what u said make sense too...dunno til when these nonsense will stop huh...wake up la!hai...but then how do we get d movie?where u've seen it?astro?(lar..tengok eye candies pulak...)

KahJoon said...

yeah..i watched it on astro ria..you can get the dvd also la..the movie was released last year..so no difficulty in downloading either