tetiba sahaja aku terasa hendak menulis sesuatu dlm bahasa melayu. dah lama tak tulis damn bm dah. topic yg hendak aku tulis ni boleh dikatakan sensitif tetapi apa boleh buat kerana ini yg sedang berlaku di tanah air tercinta ini.
dua minggu yg lepas, aku ke genting highlands menemani rakan pergi bercuti dan mencuba pengalaman dlm kasino. alangkah terkejutnya aku apabila terlihat warga melayu di dalam kasino. setahu saya berjudi haram di sisi agama islam. aku bertambah hairan kerana di pintu masuk kasino ada pegawai polis yg memeriksa IC. aku menanya dlm hati. mereka ini butakah? kenapa tahan budak-budak bawah umur tapi tak tahan orang yg beragama islam? hairan sungguh. tambahan lagi ada sebilangan mereka yg dilihat berpeluk-pelukan dengan gadis-gadis yg berkelakuan spt pelacur murahan. ini semua amat ironik kerana orang melayulah yg selalu melaung-laungkan kealiman dan kebaikan kaum serta agama mereka. tetapi perbuatan mereka tak sehaluan dgn apa yg dilaungkan mereka.
golongan muda melayu lebih teruk kelakuannya. kebanyakan mereka melakukan hubungan zina dgn sesuka hati mereka. aku mengetahui hal ini kerana kawan-kawan yg mempunyai teman melayu mengatakan mereka sering mengadakan hubungan seks. bukan setakat satu dua sahaha tetapi banyak. zina juga merupakan salah satu dosa besar di sisi agama islam.
selain itu, gejala "clubbin" juga amat popular di kalangan muda mudi masa kini. ini termasuk golongan muda melayu baik lelaki mahupun perempuan. mereka dgn beraninya pergi ke kelab-kelab yg banyak terdapat di KL dan meminum arak. setahu saya, ini juga merupakan satu dosa bagi mereka yg berumat islam.
pihak berkuasa bagaikan tutup sebelah mata sahaja walaupun mereka tahu masalah kerosakan akhlak ini sedang berlaku di hadapan mata mereka. aku tertanya-tanya, kenapa pihak berkuasa memandang berat hal murtad(keluar islam) tetapi tidak mengendahkan 3 gejala yg saya sebutkan di atas?
mereka yg ingin mengadili orang yg murtad haruslah tanya diri sendiri dahulu. adakah mereka alim spt yg mereka laung-laungkan. jgn jadi hipokrit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment